RM11.27 juta persediaan hadapi MTL di Terengganu

Iklan
Hanafiah (tengah) bersama ADUN Hulu Besut, Mohd Husaimi Hussin (kanan) dan Osman ketika hadir pada Program Ramalan dan Amaran Banjir Fasa 2 di Kampung La, Hulu Besut pada Khamis.

BESUT - Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sebanyak RM11.27 juta sebagai persediaan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) di Terengganu.

Exco Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Hanafiah Mat berkata, peruntukan itu disalurkan melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Terengganu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, jumlah itu merangkumi peruntukan kecemasan luar jangka, risiko banjir, penyelenggaraan kolam takungan banjir serta menaik taraf infrastruktur mekanikal dan elektrikal untuk kawalan banjir.

"Penyelenggaraan dan menaik taraf semua sistem saliran termasuk kolam tangkungan, sistem perparitan, benteng,

Iklan

dan sistem amaran banjir bagi memastikan keupayaan takungan dan struktur saliran berfungsi dengan lebih optimum ketika waktu puncak banjir.

"Ia juga bagi menangani dan mengurangkan risiko banjir yang turut memberi kesan kepada orang ramai," katanya ketika ditemui pada Program Ramalan dan Amaran Banjir Fasa 2 di Kampung La, Hulu Besut di sini, pada Khamis.

Antara pegawai dan kakitangan jabatan yang turut hadir pada Program Ramalan dan Amaran Banjir Fasa 2 di Kampung La, Hulu Besut pada Khamis.

Iklan

Hanafiah memberitahu, sebanyak 17 siren amaran banjir yang dipasang akan dipastikan dapat berfungsi dengan baik.

"Selain itu, JPS juga akan memantau 132 stesen hidrologi dan lapan kamera litar tertutup (CCTV) di seluruh negeri untuk mendapatkan data-data hujan dan aras air semasa," katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, JPS telah mengenal pasti 451 kawasan hotspot banjir dan 41 lokasi air pasang di seluruh Terengganu.

"Sebanyak 36 aset mekanikal dan elektrik melibatkan 13 unit pam kekal, 21 unit pam bergerak dan dua generator elektrik mudah alih disediakan sebagai persiapan ketika banjir," katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Terengganu, Ir. Ts Osman Abdullah berkata, pihaknya telah bersiap siaga untuk menghadapi musim tengkujuh kali ini

"Seramai 270 kakitangan JPS akan ditugaskan secara bergilir-gilir selama 24 jam sepanjang tempoh MTL kali ini.

"Semua kakitangan jabatan ini termasuk yang berada di peringkat daerah ditugaskan di bilik gerakan dan di lapangan," katanya.