Pelakon Tarzan meninggal dunia pada usia 86 tahun

Iklan
Roy Ely yang memainkan watak utama dalam siri televisyen popular Tarzan pada tahun 1960-an meninggal dunia pada usia 86 tahun. Foto Agensi

PELAKON yang memainkan watak Tarzan dalam siaran televisyen di seluruh dunia, Roy Ely meninggal dunia ketika berusia 86 tahun di rumahnya di Los Alamos Santa Barbara, California pada 29 September lalu.

Beliau memegang watak utama dalam siri televisyen popular itu pada tahun 1960-an, yang memaparkan aksinya bergayut dari satu pokok ke pokok lain dengan ditemani seekor cimpanzi.

Iklan
Iklan

Pada asalnya, Tarzan disiarkan di rangkaian televisyen NBC pada tahun 1966 hingga 1968 dan pada masa itu, Ely dikatakan pernah patah beberapa kerat tulang dan diserang haiwan buas selepas melakukan aksi 'stunt' sendiri.

"Dunia kehilangan seorang lelaki terhebat yang pernah dikenali.

Iklan

"Orang ramai menggelar ayah saya sebagai wira. Ada sesuatu yang benar-benar ajaib mengenainya," kata anak perempuannya, Kirsten Ely di media sosial.

Selain Tarzan, Ely turut berlakon dalam beberapa siri televisyen pada 1990-an dan pernah berlakon dalam filem 'Éxpecting Amish' pada 2014. Ketika itu, beliau memegang watak seorang penyiasat. - AFP

Iklan