Amang seksual: Guru tuisyen dipenjara enam tahun, tiga sebatan

Iklan
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen di sini memerintahkan seorang guru tuisyen dipenjara enam tahun dan disebat tiga kali kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun, empat tahun lepas.

Hakim Tasnim Abu Bakar menjatuhkan hukuman itu terhadap Hong Meng Keat, 25, selepas tertuduh menukar pengakuan kepada bersalah di akhir kes pembelaan dan memerintahkan tempoh penjara bermula hari ini.

Iklan
Iklan

Tertuduh juga diperintahkan menjalani kaunseling selama tempoh pemenjaraan dan berada bawah pengawasan polis selama setahun, selepas selesai menjalani hukuman.

Meng Keat didakwa melakukan perbuatan itu terhadap mangsa yang semasa itu berusia tujuh tahun 10 bulan di sebuah rumah di Sentul di sini, antara jam 7 petang hingga 9 malam, awal Ogos 2020.

Iklan

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh disebat, jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, ibu bapa mangsa membuat laporan polis selepas mengetahui perbuatan tertuduh memegang kemaluan anak mereka semasa mengajar kanak-kanak itu, yang turut dilihat oleh adik lelaki mangsa.

Iklan

Pada prosiding itu, Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Ikhwan Mohd Nasir memohon hukuman penjara dan sebatan kepada tertuduh kerana perbuatan itu keji, mendatangkan trauma kepada mangsa dan keluarga serta cenderung kepada pedofilia.

Peguam K Syama Sundar bagaimanapun memohon anak guamnya dikenakan bon berkelakuan baik atas faktor usia, selain tertuduh tidak mempunyai rekod jenayah dan menanggung ibu bapa serta berjanji tidak akan mengulangi kesalahan itu. - Bernama