SSPA sistem saraan terbaik

Iklan
Salehuddin (tiga dari kiri) ketika mengadakan mesyuarat bersama ahli AUEGCAS.

KOTA BHARU - Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) merupakan sistem saraan terbaik pada masa kini namun, masih memerlukan beberapa pindaan.

Pengerusi Gabungan Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan-Perkhidmatan Kerani Dan Bersekutu Kerajaan (AUEGCAS ) cawangan Kelantan, Salehuddin Mahmood berkata, antara perkara utama ialah penstrukturan semula gred skim dan penentuan gaji permulaan.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, ia berikutan gred persamaan di antara gred 11 hingga 19 kepada angka gred 1 tidak sesuai kerana melibatkan kredibiliti individu dalam jawatan yang disandang.

"Ia seolah-olah individu itu tidak dihormati akibat dasar persamarataan selain perkara utama dalam pindaan berkaitan skim pembantu tadbir," katanya melalui kenyataan pada Khamis.

Iklan

Katanya lagi, pembantu tadbir merupakan skim yang menjadi tonggak utama dalam pentadbiran sesuatu agensi kerajaan.

"Ini dibuktikan melalui peranan pembantu tadbir yang banyak memikul tanggungjawab tugas selain yang disenaraikan oleh ketua jabatan mereka," katanya.

Iklan

Salehuddin berkata, pesatuan itu turut menghantar memorandum cadangan kepada pihak kerajaan berkaitan penambahbaikan skim pembantu tadbir tetapi sehingga kini belum menerima jawapan yang bernas mengenai perkara tersebut.

Beliau dalam pada itu, menggesa Pembantu Tadbir (perkeranian dan operasi), Pembantu Tadbir Kewangan, Pegawai Khidmat Pelanggan, Pembantu Pengurusan Murid, dan Pembantu Setiausaha Pejabat mendaftar sebagai ahli AUEGCAS supaya kebajikan mereka dapat diperjuangkan ke arah yang lebih baik

"Sangat rugi jika penjawat awam tidak menyertai kesatuan kerana isu berkaitan skim dan jabatan tidak dapat disampaikan kepada pihak yang sepatutnya," katanya.