Lelaki mengaku salah miliki parang di tempat awam dipenjara 5 tahun

Iklan
Gambar hiasan.

KOTA BHARU - Seorang lelaki yang sedang menjalani hukuman penjara 12 bulan kerana merosakkan motosikal milik ayahnya pada awal September, dijatuhkan hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah memiliki parang di tempat awam.

Hakim Zulkifli Abllah menjatuhkan hukuman itu selepas Tuan Abd Aziz Tuan Abidin, 37, mengaku memiliki sebilah parang berukuran lebih kurang 52 sentimeter panjang di sebuah rumah di Jalan Wakaf Stan, Kampung Pulau Raja, Kubang Kerian, di sini pada jam 12.30 tengah malam, 3 September.

Iklan
Iklan

Pendakwaan di bawah Seksyen 6 (1) Akta Bahan-Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

Mengikut fakta kes, pada 3 September Tuan Abd Aziz didakwa mengamuk sambil memegang sebilah parang dan melibas senjata itu ke arah kakaknya dan adik ipar kakaknya di sebuah rumah di Jalan Wakaf Stan, Kampung Pulau Raja, Kubang Kerian, kira-kira 12.30 tengah malam.

Iklan

Dalam kejadian itu, Tuan Abd Aziz turut merosakan motosikal milik ayahnya dan telah disabitkan dengan kesalahan itu di Mahkamah Majistret serta dikenakan hukuman penjara 12 bulan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Faiz Fitri Mohamad manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - Bernama

Iklan