GAZA -Tujuh belas rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel ke atas sebuah sekolah yang menempatkan keluarga yang kehilangan tempat tinggal di kem pelarian Nuseirat di tengah Semenanjung Gaza.
Mangsa yang terkorban termasuk tujuh kanak-kanak, antaranya berusia 11 bulan dan tiga wanita, menurut kenyataan Awda Hospital.
Iklan
Iklan
Sekolah Awam Shuhadaa (Syuhada) Nuseirat, yang menjadi tempat perlindungan ratusan keluarga, dibedil rejim Zionis pada waktu puncak sekitar tengah hari, lapor Al Jazeera.
Mereka yang cedera dalam serangan itu dibawa ke hospital berdekatan, termasuk Hospital al-Awda dan Al-Aqsa.
Serangan ini menggunakan lebih daripada satu peluru berpandu dan berlaku berhampiran pasar tempatan.
Menurut laporan, serangan itu adalah sebahagian daripada operasi ketenteraan Israel yang lebih meluas di Gaza, yang setakat ini telah menyebabkan lebih 42,847 kematian dan 100,544 kecederaan sejak Oktober 2023.
Serangan ini telah mendapat kecaman antarabangsa, termasuk dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan beberapa negara Eropah. - Awani