FAM jamin skuad terbaik Kejuaraan ASEAN 2024

Iklan
Scott O'Donell

PENGARAH Teknikal Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Scott O'Donell yakin skuad negara mampu menghantar pemain terbaik bagi saingan Kejuaraan ASEAN 2024 pada Disember ini.

Malah jelasnya, jadual padat bola sepak kelab Asia penghujung tahun tidak akan menjejaskan pemilihan pemain untuk kejuaraan edisi ke-15 berkenaan.

Iklan
Iklan

"FAM yakin skuad Harimau Malaya mampu mengumpulkan barisan pemain yang berkaliber untuk memastikan hanya yang terbaik dipilih bagi kejuaraan berprestij ini.

"Kejuaraan ASEAN dalam setiap edisinya sentiasa menjadi trofi yang sangat diidamkan.

Iklan

"Negara-negara gergasi bola sepak rantau ini akan bersaing merebut gelaran juara serantau,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Kejuaraan ASEAN 2024.

Biarpun mengakui beberapa kelab Liga Malaysia (Liga-M) mempunyai komitmen dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) dan Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL 2) pada Disember, O'Donell percaya kejuaraan melibatkan negara Asia Tenggara itu kekal kejuaraan penting.

Iklan

Sebagai rekod, Malaysia, juara edisi 2010, diundi dalam Kumpulan A bersama juara bertahan Thailand serta Kemboja, Singapura, dan Timor-Leste.

Kumpulan B pula menyaksikan persaingan antara Indonesia, Vietnam, Filipina, Myanmar dan Laos.