IPOH - Seramai 13 penumpang termasuk pelancong dari Jepun cedera apabila sebuah bas persiaran melanggar bahagian belakang sebuah lori dalam kejadian di KM 230.3 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) Arah Selatan, dekat Taiping, tengah hari tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, mangsa terdiri daripada dua warga tempatan iaitu pemandu dan pemandu pelancong, dan selebihnya tiga lelaki dan lapan wanita yang merupakan warga Jepun.