Permohonan maaf Najib terima pelbagai reaksi

Iklan
Najib hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, pada Khamis. Foto Bernama

PERMOHONAN maaf secara terbuka bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mendapat pelbagai reaksi.

Menerusi kenyataan dibaca anak sulungnya, Datuk Mohamad Nizar, bekas Ahli Parlimen Pekan itu setiap hari berasa terluka apabila mengetahui kecurangan yang berlaku dalam syarikat strategik negara terbabit, ketika di bawah pengawasannya selaku Menteri Kewangan.

Iklan
Iklan

Pada 2015, Najib dituduh menyalurkan lebih RM2.67 bilion daripada 1MDB kepada akaun bank miliknya sehingga mencetuskan kritikan yang meluas daripada rakyat Malaysia.

Najib didapati bersalah pada 2020 dan dijatuhi hukuman penjara serta denda berkaitan dengan penyelewengan terbabit.

Iklan

Memahami kekhilafan Najib, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menerima permohonan maaf beliau dan percaya bahawa kes terbabit berpunca daripada kelemahan serta kecuaian bekas Perdana Menteri itu kerana mudah diperdayakan pihak tertentu.

Bagaimanapun, terdapat pihak kurang percaya dengan permohonan maaf dan menganggap tindakan tersebut sebagai strategi meraih simpati serta menyelamatkan reputasi atau mampu mengubah persepsi masyarakat.

Iklan

Meskipun Najib berani bertindak sedemikian, beliau perlu menghormati prosedur dan keputusan mahkamah.

Dalam pada itu, Ketua Penerangan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Muhammad Rafique Rashid Ali menggesa Najib untuk menamakan setiap individu yang menjadi dalang dan bersekongkol dalam menutup skandal kes dana 1MDB sekiranya mahu dimaafkan.

Beliau berkata, bekas Perdana Menteri itu perlu menamakan kesemua pegawai, jabatan kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) atau ahli lembaga pengarah yang bertanggungjawab dalam kes itu.

Perkara tersebut turut dibincangkan dalam kalangan masyarakat di media sosial yang meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan Najib dalam skandal berkenaan.

Walaupun Najib telah menerima hukuman yang sepatutnya, namun masih sukar untuk mendapatkan kepercayaan segelintir rakyat dan memerlukan usaha lebih daripada sekadar permohonan maaf.

Justeru, semua pihak diingatkan tidak membuat sebarang spekulasi sendiri dan memberi ruang kepada pihak lebih profesional untuk menjalankan tanggungjawab bagi mengadili kes berkenaan.