Permohonan maaf Najib bukan raih simpati - Wan Rosdy

Iklan
Wan Rosdy

SHAH ALAM - Permohonan maaf bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bukan kenyataan meraih simpati, namun ia adalah tindakan yang berjiwa besar.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, usaha yang dilakukan bekas Ahli Parlimen Pekan itu juga jelas memperlihatkan sikap beliau yang bertanggungjawab.

Iklan
Iklan

"Saya meneliti kenyataan media yang telah dikeluarkan oleh Datuk Seri Najib bertarikh 24 Oktober 2024. Saya dapat merasakan bahawa kenyataan tersebut telah dibuat dengan suci hati serta lahir dari sanubari beliau yang ikhlas.

"Saya berpandangan bahawa kenyataan media tersebut juga menjelaskan betapa Datuk Seri Najib sepanjang menjalankan tanggungjawab beliau sebagai Perdana Menteri ketika itu sentiasa memikirkan hanya yang terbaik untuk rakyat.

Iklan

"Sehingga ada pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan ke atas keprihatinan beliau untuk menjaga kebajikan rakyat," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Najib membuat permohonan maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia menerusi kenyataan anak sulungnya, Datuk Mohamad Nizar dalam sidang media di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada Khamis.

Iklan

Ia berhubung salah laku yang berlaku dalam 1MDB terutama ketika di bawah pengawasannya selaku Menteri Kewangan sebelum ini.

Wan Rosdi yang juga Menteri Besar Pahang dalam masa sama berharap Najib diberikan keadilan sebaiknya.

"Saya juga berdoa dan berharap agar Ahli Parlimen Pekan itu dibebaskan serta keadilan yang sebenar ditegakkan dengan membawa kes 1MDB ke muka pengadilan," katanya.