Mancini tidak lagi bersama Green Falcons

Iklan
Roberto Mancini

LEGENDA Itali, Roberto Mancini telah melepaskan tanggungjawab sebagai pengendali Arab Saudi setelah kontraknya ditamatkan atas persetujuan bersama, umum Persatuan Bolasepak Arab Saudi (SAFF).

Bekas penyerang Itali berusia 59 tahun itu menerajui The Green Falcons pada Ogos 2023, menggantikan Herve Renard.

Iklan
Iklan

Di bawah kepimpinan Mancini, Arab Saudi tersingkir daripada Piala Asia dalam pusingan 16 terakhir awal tahun ini selepas tewas dalam penentuan sepakan penalti kepada Korea Selatan.

"Lembaga Pengarah Persekutuan Bola Sepak Saudi dan jurulatih pasukan kebangsaan, Itali Roberto Mancini mencapai persetujuan bersama pada Khamis untuk menamatkan hubungan kontrak,” umum SAFF di platform media sosial.

Iklan

The Green Falcons berada di tempat ketiga dalam Kumpulan C pusingan ketiga Asia awal Piala Dunia dengan lima mata.

Mereka ketinggalan lima mata daripada pendahulu kumpulan Jepun selepas empat perlawanan.

Iklan

Mereka tewas 0-2 di laman sendiri kepada Jepun pada 10 Oktober sebelum terikat tanpa jaringan dengan Bahrain lima hari kemudian.

Dua teratas dalam setiap kumpulan mara secara automatik ke Piala Dunia manakala pasukan di tempat ketiga dan keempat mara ke pusingan awal lagi dengan dua penyudah terbawah tersingkir.