Pemasangan solar pacu ekonomi negara

Iklan
Orang ramai kini mulai sedar mengenai menfaat pemasangan solar di kawasan kediaman mereka.

SHAH ALAM- Pembangunan industri berasaskan tenaga solar bukan sahaja mampu memacu pertumbuhan ekonomi negara tetapi menyumbang kepada pemeliharaan alam sekitar.

Melalui kelebihan yang ditawarkan, usahawan dan pemain industri perlu merebut peluang dalam sektor ini untuk memastikan Malaysia terus menjadi peneraju dalam pembangunan tenaga boleh baharu di rantau ini.

Iklan
Iklan

Industri berasaskan tenaga solar di Malaysia semakin berkembang dan dengan kedudukan negara ini berhampiran garisan khatulistiwa yang mempunyai sinaran matahari yang melimpah, Malaysia berpotensi menjadi hab bagi pembangunan industri perkhidmatan solar di Asia Tenggara, menarik pelaburan tempatan dan asing.

Pemasangan panel solar di kawasan kediaman akan memberikan manfaat kepada penggunanya.

Industri berasaskan tenaga solar merupakan satu enjin ekonomi baharu yang lebih besar dan pantas kerana negara ini kaya dengan sumbersumber tenaga boleh baharu.

Iklan

Pengarah Urusan Gading Kencana Sdn Bhd, Datuk Dr Muhamad Guntor Mansor Tobeng berkata, Malaysia akan menjadi hab tenaga boleh baharu dengan menjadi sebuah pusat yang akan didatangi pelabur dari luar negara.

GUNTOR

"Jadi, pada setiap tahun, sebanyak 2,000 MW tenaga solar akan bertambah sekali gus memberikan peluang besar untuk mencapai 70 peratus tenaga dijana dengan tenaga boleh baharu.

Iklan

"Ini kerana dunia sedang beralih ke arah industri ini. Jadi, kita perlu bersedia untuk merebut peluang yang ada supaya kita tidak ketinggalan,” katanya kepada Sinar Harian.

Mengulas lanjut, Guntor memberitahu bahawa industri tersebut sebagai kaedah untuk memperkenalkan lagi Malaysia yang bakal mengambil alih Pengerusi ASEAN pada tahun hadapan.

Selain itu, tambahnya, pemasangan solar di manamana bangunan juga boleh memberikan penjimatan dalam bil elektrik.

Peluang pekerjaan

ABOL


Sementara itu, bagi usahawan Company Bikerz Solar Technology, Abol Ismail berkata, tenaga yang dihasilkan oleh solar itu dapat mewujudkan peluang pekerjaan dan perniagaan dalam bidang pembuatan serta pemasangan.

Katanya, tenaga solar merupakan sumber tenaga boleh baharu dengan kos pengoperasian yang agak rendah dan mudah dikendalikan sehingga ia boleh diakses dengan mudah pada kos yang berpatutan.

"Ini dapat mengurangkan kos operasi syarikat sebagai contoh dengan menggunakan sistem solar Off-Grid, kita dapat memberikan akses bekalan elektrik untuk banyak tempat baharu yang jauh daripada rangkaian grid nasional.

"Umpamanya di pulau peranginan yang jauh daripada rangkaian grid, pembinaan rangkaian grid memerlukan kos yang tinggi dan proses kelulusan yang lama. Pembinaan Small Reaktor Hybrid Solar dapat memberikan bekalan elektrik secara off-grid kepada operator hotel atau pusat penginapan,” ujarnya.

Aspirasi negara

ZAID


Menurut Penyelaras dan Pengurus Perniagaan & Projek, Zaid Mohd Azman, fenomena solar tersebut akan memacu industri perusahaan kecil, mikro dan sederhana (PMKS) dari aspek pemasangan serta penyedia penyelesaian kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC).

Tambah Zaid, bagi EPCC, ia memerlukan pendaftaran kepada Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) sebagai pihak yang ada sijil iaitu Reka Bentuk Sistem Fotovolta Tersambung Grid (GCPV) atau Off-Grid Photovoltaic (OGPV).

"Jadi, penambahan EPCC dan pemasangan solar akan merancakkan industri ini dalam PKS,” katanya.

Zaid memaklumkan kelebihan pemasangan solar itu akan menyumbang kepada aspirasi negara untuk meningkatkan kapasiti tenaga boleh baharu kepada 70 peratus pada 2050.

"Penjanaan elektrik daripada tenaga solar merupakan salah satu teknologi tenaga boleh baharu yang paling mampu bayar dan senang untuk dipasang,” tambahnya.