Lebih 150 rakyat Palestin terbunuh atau cedera serangan udara Israel di Jabalia

Iklan
Orang ramai melarikan diri dari Jabalia, utara Semenanjung Gaza selepas tentera Israel meminta mereka meninggalkan sekolah tempat mereka mencari perlindungan. Foto Xinhua

BANDARAYA GAZA - Lebih 150 rakyat Palestin terbunuh atau cedera petang Khamis, dalam serangan udara Israel yang menyasarkan kira-kira 10 rumah di Jabalia, utara Gaza, yang pengepungan bermula 20 hari lepas, lapor Agensi Anadolu.

"Pembunuhan beramai-ramai yang mengerikan sedang berlaku di Jabalia, dengan lebih 150 syahid dan cedera akibat tembakan Israel. Tiada siapa yang bergerak untuk menyelamatkan mereka,” kata perkhidmatan pertahanan awam Gaza dalam satu kenyataan.

Iklan
Iklan

Kenyataan itu menambah bahawa tentera Israel menyasarkan rumah milik keluarga Najjar, Abu Al-Ouf, Salman, Hijazi, Abu Al-Qumsan, Aqel Abu Rashid, Abu Al-Tarabish, Zaqoul, dan Shaalan.

"Pasukan pendudukan (Israel) mengebom seluruh blok kediaman di kawasan itu, dan penduduk menyeru bantuan untuk mengangkut mangsa yang cedera sehingga kini,” menurut kenyataan itu.

Iklan

"Penduduk menghadapi kesulitan besar untuk mengeluarkan mayat dan mangsa yang cedera selepas tentera Israel mengganggu operasi pertahanan awam dan perkhidmatan perubatan di bahagian utara Gaza.”

Tentera Israel membuat kepungan di utara kira-kira tiga minggu lepas, menyerang dari udara dan darat, mengepung hospital dan tempat perlindungan pelarian serta mengarahkan penduduk menuju ke selatan.

Iklan

Hospital di kawasan itu sama ada telah berhenti menyediakan perkhidmatan perubatan atau beroperasi dengan amat terhad kerana serangan itu.

Jumlah keseluruhan korban akibat serangan Israel di Semenanjung Gaza sejak Oktober lepas kini menghampiri 43,000 orang. - Bernama-Anadolu