Pengaruh israiliyyat di alam Melayu

Iklan
ISRAILIYYAT bermula apabila orang alim Yahudi memeluk Islam dan menceritakan kisah-kisah dari kitab rujukan mereka kepada para sahabat Rasulullah SAW. Foto CANVA

Masuk melalui kisah dibawakan pendakwah, kitab tafsir dan penceritaan di meja penceramah tanpa disemak terlebih dahulu

BERBICARA mengenai kisah israiliyyat, masih ramai dalam kalangan umat Islam belum mengerti maknanya walaupun cerita mengenainya masyhur diperkatakan.

Antara kisah yang popular diceritakan di meja penceramah berkaitan israiliyyat ini termasuklah kisah nabi terdahulu, penciptaan alam, malaikat dan lain-lain lagi.

Iklan
Iklan

Dalam kisah para nabi, riwayat israiliyyat biasanya ditokok tambah dan kadangkala bercanggah dengan logik akal selain gemar menerangkan mengenai perkara ghaib secara berlebihan.

Pensyarah Kanan Akademi Pengajian Melayu merangkap Penyelaras Pusat Kajian Kecemerlangan Melayu Universiti Malaya, Dr Ahmad Zahiruddin Mohd Zabidi menjelaskan, riwayat israiliyyat merujuk kepada kisah atau riwayat yang bersumberkan daripada orang-orang Yahudi, Nasrani atau Ahli Kitab.

Iklan

DR AHMAD ZAHIRUDDIN

"Sebagai contoh yang terkini, dikatakan Keturah merupakan nenek moyang orang Melayu dan ia tidak ada dalam hadis tetapi disebut secara verbatim dalam kitab Injil.

Iklan

Beliau berkata demikian pada webinar bertajuk Di sebalik al-Israiliyyat dan al-Mawdu’at di alam Melayu anjuran Pertubuhan Multaqa’ Asatizah dan Du’at (Murshid) bersama seorang lagi ahli panel, Profesor di Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Prof Dr Faisal Ahmad Shah.

Bermula israiliyyat dalam dunia Islam

Menurut Dr Ahmad Zahiruddin, sejarah awal pengaruh israiliyyat diperkenalkan kepada dunia Islam melalui individu Yahudi yang memeluk Islam.

"Antara yang masyhur pada ketika itu termasuk Wahab bin Munabbih dan Abdulllah bin Salam.

"Mereka merupakan orang yang alim dalam Yahudi dan apabila mereka masuk Islam, mereka mendengar kisah dalam al-Quran bersama para sahabat dan mereka turut menambah dengan mengatakan 'tradisi kami juga ada kisah sebegini' yang mungkin sudah ditokok tambah.

"Jadi ia sedikit sebanyak memberi kesan kepada para sahabat yang sedang memahami atau meriwayatkan kisah-kisah dari al-Quran,” hurainya panjang.

Itulah permulaan berlakunya penyusupan atau pengaruh riwayat israiliyyat dalam tafsir al-Quran, katanya.

"Ulama-ulama kemudiannya meriwayatkan kisah israiliyyat ini secara sekali gus dalam kitab mereka namun Imam At-Tabari menjelaskan, perlu membuat kajian terlebih dahulu sekiranya terjumpa riwayat yang pelik.

AGAMAWAN sepatutnya menyemak terlebih dahulu kisah-kisah yang ingin disampaikan kepada orang ramai. Foto CANVA

Israiliyyat masuk ke alam Melayu

Menjelaskan mengenai persoalan bagaimana israiliyyat masuk ke alam Melayu, beliau menjelaskan terdapat tiga cara antaranya:

1) Pengaruh pedagang dan ulama

"Sama seperti Islam datang ke alam Melayu, begitulah kisah israiliyyat ini masuk ke dalam masyarakat.

2) Kitab-kitab tafsir popular

Menurut Dr Ahmad Zahiruddin, datangnya kitab-kitab popular pada abad ke-15 dan ke-16 selepas ulama Melayu sendiri mula mengembara.

"Tafsir Ibnu Kathir dan Tafsir At-Tabari turut memasukkan riwayat israiliyyat supaya dijadikan rujukan dalam pendidikan agama,” ujarnya.

3) Penerimaan oleh ulama Melayu

Katanya, ulama-ulama Melayu menggunakan kisah israiliyyat dalam pengajaran agama walaupun tidak semua ulama bersetuju penggunaannya.

Pengaruh israiliyyat dalam masyarakat

Menurut Dr Ahmad Zahiruddin, beberapa faktor dapat dilihat pengaruh israiliyyat dalam masyarakat Melayu, antaranya:

PENYEBARAN kisah israiliyyat turut berpunca dari kitab tafsir al-Quran. Foto CANVA

1) Penceritaan dalam ceramah

Kisah-kisah sering disampaikan dalam ceramah agama dan apabila mereka mendengar ceramah ini, mereka mula menulisnya. Maka bercampur-aduklah kisah-kisah tersebut termasuk israiliyyat.

2) Literasi dan budaya lisan

Israiliyyat menyerap ke dalam hikayat dan sastera tradisional melayu, seperti kisah nabi dan kisah-kisah keagamaan yang disampaikan melalui lisan.

3) Persepsi masyarakat

Ujarnya lagi, antara implikasi negatif pengaruh israiliyyat terhadap masyarakat ialah kekeliruan dalam akidah, menambahkan cerita yang tidak sahih dan memperkuatkan lagi kepercayaan khurafat.