Berhati-hati, semak kisah pelik dan tidak masuk akal

Iklan
KISAH-KISAH yang pelik dan mencarik adat serta tidak dapat diterima akal sebaik-baiknya disemak terlebih dahulu sebelum menerimanya. Foto CANVA

PELBAGAI cerita-cerita pelik disampaikan agamawan di meja penceramah boleh menyebabkan kekeliruan kepada masyarakat Islam termasuk kisah israiliyyat.

Bagaimanapun, dengan teknologi moden kini, kita semua boleh menyemak kisah-kisah tersebut sama ada ia kisah palsu, israiliyyat, direka ataupun sebaliknya.

Iklan
Iklan

Mengulas mengenai perkara ini, Pengarah Urusan Faqih Group, Ustaz Dzulkhairi Mohd Noor menjelaskan, masyarakat perlu berhati-hati dengan pelbagai kisah pelik yang disampaikan oleh agamawan.

USTAZ DZULKHAIRI

Iklan

"Banyak cerita dan kisah pelik termasuk israiliyyat disampaikan kepada orang awam sejak dahulu lagi dan kadangkala ia bukan daripada sumber yang sahih.

Pembahagian kisah israiliyyat

Iklan

Menjawab persoalan kisah israiliyyat, beliau menjelaskan ia bermaksud cerita yang diambil daripada sumber Yahudi sama ada daripada kitab Taurat atau daripada mulut ke mulut bangsa tersebut.

Menurutnya, terdapat tiga kategori kisah israiliyyat seperti dibincangkan para ulama iaitu:

1 - Kisah yang boleh diterima

Cerita-cerita yang disampaikan adalah bertepatan dengan ajaran al-Quran dan hadis sahih.

2 - Kisah yang tidak boleh diterima

Kisah yang memburukkan para nabi, sebagai contoh fitnah terhadap Nabi Daud AS yang menyukai isteri tenteranya sendiri serta kisah-kisah yang tidak layak disandarkan kepada para rasul ALLAH yang suci dan maksum.

3 - Kisah yang tidak didustakan dan tidak juga membenarkannya

KISAH israiliyyat biasanya sudah ditokok tambah dan dirujuk dari kitab orang Yahudi. Foto CANVA

"Kisah-kisah sebegini juga banyak diceritakan, termasuk juga nama wanita yang menggoda Nabi Yusuf AS dan nama ratu yang dipanggil Nabi Sulaiman AS,” ujar Ustaz Dzulkhairi.

Kisah israiliyyat masyhur

"Kisah ini merupakan israiliyyat dan ia dipopularkan oleh penganut Kristian.

"Kita sebagai umat Islam diajar untuk merujuk kepada nas yang sahih terutamanya daripada al-Quran dan hadis sahih berkaitan ini.

"Ia ada dikisahkan ALLAH SWT dalam ayat ke-20 hingga ke-23 surah al-A’raf yang menerangkan bahawa mereka berdua dikeluarkan dari syurga disebabkan godaan syaitan selepas melanggar perintah ALLAH,” jelasnya.

Kisah Nabi Adam dan Hawa turut diceritakan dalam al-Quran dalam surah-surah lain termasuk surah Taha dan surah al-Baqarah, katanya.

RUJUKLAH kepada para ulama yang menceritakan kisah-kisah benar bersumberkan al-Quran dan hadis sahih selain menyemak melalui sumber internet yang dipercayai. Foto CANVA

Selain itu ujarnya, kisah iblis sebagai ketua malaikat serta para malaikat berpecah kepada dua golongan selepas iblis ingkar kepada ALLAH untuk sujud kepada Nabi Adam AS juga israiliyyat dan ia popular dalam kalangan penganut Kristian.

"Bertakwalah kepada ALLAH SWT kerana banyak kesan dan bahaya yang akan menimpa masyarakat sekiranya kisah-kisah pelik dan israiliyyat yang ditolak terus disampaikan kepada masyarakat,” katanya.