DBKL sita sayur, buah milik peniaga warga asing di Pasar Borong KL

Iklan
Kesemua barangan yang disita dan dipindah halangan telah dibawa ke stor sitaan Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras. Antara barang peniaga warga asing yang disita.

KUALA LUMPUR - Sebanyak lima tindakan sitaan barangan diambil terhadap warga asing yang berniaga di sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur, di sini pada Khamis malam.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam kenyataan memaklumkan, tindakan itu diambil menerusi Jabatan Penguatkuasaan pihak berkuasa tempatan itu.

Iklan
Iklan

"Tindakan itu diambil bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 dan UUK Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016.

Lima tindakan sitaan barangan diambil terhadap warga asing yang berniaga di sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur

"Kesemua barangan yang disita dan dipindah halangan telah dibawa ke stor sitaan Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras, Kuala Lumpur untuk tindakan rekod dan dokumentasi," kata kenyataan.

Iklan

Dalam pada itu, DBKL akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari semasa ke semasa di lokasi tumpuan yang telah dikenal pasti.

"Sebarang aduan, orang awam boleh berhubung atau menyalurkan maklumat di pautan https://adukl.dbkl.gov.my/," tambahnya.

Iklan