JUARA dunia Argentina, kekal di tangga teratas dalam ranking bola sepak lelaki terbaru yang dikeluarkan oleh badan induk FIFA pada Khamis, manakala Jerman semakin menghampiri untuk kembali ke kelompok 10 teratas, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Argentina mendahului, namun Perancis di tempat kedua dan juara Euro 2024, Sepanyol, semakin hampir apabila mereka memenangi dua perlawanan Liga Negara-Negara, manakala Argentina hanya seri dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia.