Lelaki pecah masuk premis diberkas kurang 24 jam selepas aduan

Iklan
Polis berkas seorang lelaki yang disyaki memecah masuk sebuah premis dalam tempoh tidak sampai 24 jam selepas aduan dibuat.

KLUANG - Polis memberkas seorang lelaki yang disyaki memecah masuk sebuah premis makanan di Jalan Duku, Kampung Masjid Lama, Kluang di sini, dalam tempoh tidak sampai 24 jam selepas aduan dibuat.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian daripada seorang wanita jam 8 pagi, pada Rabu.

Iklan
Iklan

"Susulan aduan tersebut, sepasukan sepasukan pegawai dan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang telah menahan seorang lelaki warga tempatan berusia dalam lingkungan 50-an di Jalan Haji Manan, Kluang pada jam 1.30 pagi (Khamis), di Jalan Haji Manan.

"Semakan rekod jenayah lampau mendapati suspek mempunyai 10 rekod bersabit kes jenayah, bagaimanapun saringan ujian air kencing suspek didapati negatif.

Iklan

"Polis turut merampas barangan seperti sehelai baju t-shirt, sebuah topi besbol warna putih, satu kotak berwarna coklat dan lapan kotak susu,” katanya.

Katanya, suspek mengaku terlibat dengan kes yang sedang disiasat.

Iklan

"Kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan Mahkamah Majistret Kluang juga turut membenarkan suspek juga direman selama tujuh hari sehingga Rabu depan," katanya.