Lima lelaki dituduh rompak patung berhala RM74,500

Iklan
Lima lelaki dibawa ke Mahkamah Sesyen Klang pada Jumaat, bagi menghadapi satu pertuduhan merompak patung berhala bernilai RM74,500, pada tiga minggu lalu.

KLANG - Seramai lima lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat, masing-masing atas satu pertuduhan merompak patung berhala bernilai RM74,500, pada tiga minggu lalu.

Penganggur, M Linggeshwaran, 23; kelindan lori besi buruk, PS Tamil Kumaran, 38; pengawal keselamatan, G Siva, 33; kelindan lori, R Thamilarasan, 33 dan penghantar p-hailing, S Nagen, 28 membuat membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Sharifah Hascindie Syed Omar.

Iklan
Iklan

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama melakukan rompakan berkumpulan menggunakan parang membabitkan pelbagai patung berhala puluhan ribu ringgit milik seorang ahli perniagaan berusia 54 tahun.

Kesalahan didakwa dilakukan di sebuah rumah Jalan Jagong, Pandamaran, Pelabuhan Klang di sini, pada jam 6.16 pagi, 3 Oktober lalu.

Iklan
Lima lelaki dibawa ke Mahkamah Sesyen Klang pada Jumaat, bagi menghadapi satu pertuduhan merompak patung berhala bernilai RM74,500, pada tiga minggu lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Annur Athirah Amran tidak mencadangkan semua tertuduh diberi ikat jamin kerana kesalahan berkenaan termasuk dalam kes yang tidak boleh dijamin.

Iklan

"Kejadian rompakan berkenaan turut menarik perhatian awam kerana tular di media sosial selain ia merupakan kes serius membabitkan rompakan berkumpulan menggunakan senjata.

"Bagaimanapun, jika mahkamah ingin mengguna pakai budi bicara untuk menawarkan jaminan, saya mencadangkan setiap tertuduh diikat jamin sebanyak RM50,000 beserta syarat tambahan, melaporkan diri di balai polis sekali setiap bulan dan tidak mengganggu saksi,” katanya.

Semasa rayuan, pihak pembelaan merayu mahkamah memberikan ikat jamin pada kadar yang minimum.

Peguam, Reenajit Kaur Golen yang mewakili Linggeshwaran berkata, anak guamnya perlu menjaga ibunya berusia 55 tahun yang uzur.

Salah seorang tertuduh yang dibawa ke Mahkamah Sesyen Klang pada Jumaat.

Sementara itu, peguam SK Loges Kesavan yang mewakili Tamil Kumaran berkata, anak guamnya merupakan orang kurang Upaya (OKU), selepas buta mata kanan akibat kemalangan sembilan tahun lalu.

Menurutnya, tertuduh perlu menyara seorang anak berusia lima tahun dan isterinya, seorang suri rumah yang mempunyai kanser perut tahap empat.

Beliau yang turut mewakili Nagen berkata, lelaki bujang itu merupakan penanggung utama keluarga selepas bapanya diserang penyakit strok.

"Memandangkan sambutan Deepavali semakin hampir, saya rayu anak guam diberikan ikat jamin pada kadar rendah agar dapat menyambut perayaan bersama keluarga,” katanya.

Peguam, Mohamad Fauzi Abdul Samad yang mewakili dua lagi tertuduh berkata, Siva menyara seorang anak berusia 13 tahun, isteri, dua adik-beradiknya dan bapanya.

"Thamilarasan pula masih bujang, menjaga ibunya yang mempunyai penyakit kanser termasuk bapa yang uzur,” katanya.

Selepas mendengar permohonan semua pihak, Sharifah Hascindie membenarkan setiap tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin termasuk syarat tambahan yang dicadangkan pihak pendakwaan.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 8 Januari 2025.

Pada tiga minggu lalu, tular rakaman video memaparkan sekumpulan lelaki memanjat tembok sebuah banglo di Pandamaran, di sini sebelum melakukan samun.

Kumpulan penjenayah bertindak memanjat tembok banglo untuk melakukan samun di Pandamaran, Klang, pada Khamis.

Susulan itu, pihak polis memburu sekumpulan penjenayah selepas melarikan hasil samun berjumlah RM600,000.