LONDON - Seorang pelajar Malaysia disabit bersalah membunuh bayi sendiri oleh mahkamah di Britain.
Teo Jia Xin, 22, mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu selepas mayat bayi itu yang disumbat di dalam kotak bijirin ditemui di dalam sebuah beg pakaian.
Iklan
Iklan
Menurut pejabat Crown Prosecution Service (CPS), Jia Xin melahirkan anaknya pada 4 Mac lalu.
Polis West Midlands melakukan siasatan lanjut ke rumahnya, dua hari selepas tertuduh pergi ke hospital dan menunjukkan tanda pernah bersalin.
Ketika disoal kakitangan perubatan, Jia Xin menafikan dia baru melahirkan anak.
Pihak juri juga menolak kenyataan pembelaan defendan yang kononnya dia mendengar suara menyuruh untuk membuang bayi itu.
Jurucakap CPS, James Leslie Francis berkata, Jia Xin tiba di Britain tiba di negara itu ketika sedang hamil dan turut menyembunyikan kandungan tersebut. - Agensi