Rumah kuning Tabib Adam diserbu

Iklan
Penguat kuasa JAIM, MPAG dan polis menyerbu rumah kuning Tabib Adam di Masjid Tanah pada Khamis.

ALOR GAJAH - Rumah berwarna kuning yang pernah terkenal sebagai 'Pusat Perubatan Islam Jarak Jauh' di Masjid Tanah di sini digempur penguat kuasa dan pegawai Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) pada Khamis.

Operasi serbuan itu turut disertai penguat kuasa Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Iklan
Iklan

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama, Datuk Rahmad Mariman ketika dihubungi pemberita bagaimanapun enggan mengulas lanjut berkenaan serbuan itu dan siasatan lanjut berhubung kes itu masih diteruskan.

Pegawai penguat kuasa JAIM menemui baju yang terpampang gambar pemilik premis berkenaan yang menjalankan perubatan jarak jauh di Masjid Tanah.

"Belum ada keperluan untuk respon buat masa ini..siasatan masih dijalankan," katanya.

Iklan

Menerusi perkongsian di Facebook MPAG memaparkan beberapa keping gambar ketika mereka ke bangunan terbabit untuk melakukan pemeriksaan di bangunan yang dinamakan Villa Dato’ Tabib Diraja Dato’ Adam M Isa.

Turut ditemui pakaian yang terpampang gambar individu yang juga pemilik pusat berkenaan.

Iklan

Sinar Harian pada 14 Oktober lalu, kerajaan Melaka memberi peringatan kepada umat Islam di negeri ini untuk tidak mendapatkan rawatan perubatan dengan Tabib Adam yang telah difatwakan sesat pada 12 September lalu.

Mufti Melaka, Datuk Abdul Halim Tawil, berkata, ini kerana individu yang nama sebenarnya Adam Isa didapati menjalankan kaedah perubatan bertentangan dengan hukum syarak dan boleh memesongkan akidah.