LUAS siasat aliran air berwarna biru di Beranang

Iklan
Siasatan dijalankan susulan penemuan aliran air berwarna biru di saliran longkang kawasan perindustrian Mahkota di Beranang.

SHAH ALAM - Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) menjalankan siasatan susulan penemuan aliran air berwarna biru di saliran longkang kawasan perindustrian Mahkota di Beranang pada Khamis malam.

LUAS memaklumkan, pihaknya ke lokasi kejadian jam 10 malam melakukan pemeriksaan di Sungai Kabul dan Sungai Beranang bagi memastikan aliran air tidak memasuki dua sungai tersebut.

Iklan
Iklan
LUAS ke lokasi kejadian jam 10 malam dan melakukan pemeriksaan di Sungai Kabul dan Sungai Beranang.

"Pemerhatian lanjut LUAS di Sungai Kabul dan Sungai Beranang mendapati tiada aliran warna biru dikesan dan bacaan bau di kedua-dua sungai adalah normal.

"Namun, LUAS melaksanakan langkah pencegahan awal dengan meletakkan dua beg 'activated carbon' (AC) di kawasan longkang dan mengaktifkan pemantauan statik di Sungai Kabul,” katanya menerusi Facebook.

Iklan
Kakitangan bertugas melakukan pemeriksaan di Sungai Kabul dan Sungai Beranang.

Menurut LUAS, seterusnya operasi siasatan dan tindakan bersepadu dilaksanakan pada Jumaat bersama Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) dan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS).

Jelasnya, pemantauan yang dilaksana sejak Khamis malam mendapati keadaan sungai adalah terkawal selain tiada aliran tercemar serta bau kurang menyenangkan dikesan.

Iklan

"LUAS bersama pihak terlibat sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca aliran tersebut dan akan mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan bidang kuasa agensi,” katanya