Lebih 150 terperangkap dalam serangan di Hospital Kamal Adwan

Iklan
Lebih 150 pesakit dan kakitangan dilapor terperangkap ketika tentera Israel mengepung dan menyerbu Hospital Kamal Adwan di Beit Lahiya, Gaza Utara ketika ini. Gambar fail Reuters

GAZA - Lebih 150 pesakit dan kakitangan dilapor terperangkap ketika tentera Israel mengepung dan menyerbu Hospital Kamal Adwan di Beit Lahiya, Gaza Utara ketika ini.

Pengarah Hospital Kamal Adwan, Hussam Abu Safia, memberitahu Al Jazeera bahawa beberapa bahagian premis itu mengalami kerosakan akibat pengeboman berterusan di sekitar kemudahan perubatan itu.

Iklan
Iklan

Beliau turut memberi amaran bahawa Hospital Kamal Adwan berkemungkinan menjadi 'pusara besar' apabila dianggarkan seorang pesakit meninggal dunia setiap jam akibat tindakan tidak berperikemanusiaan tentera Israel.

Agensi berita Wafa melaporkan seorang jurucakap Pertahanan Awam Gaza berkata bahawa tentera Israel telah mengarahkan pesakit untuk berkumpul di halaman utama.

Iklan

Hospital Kamal Adwan merupakan antara fasiliti perubatan yang masih berfungsi di Gaza Utara di tengah-tengah pengepungan oleh rejim zionis yang memasuki minggu ketiga.

Terdahulu, kereta kebal Israel dilapor mengebom kemudahan tersebut menyebabkan kerosakan pada stesen oksigen dan mengakibatkan kematian beberapa kanak-kanak.

Iklan

Jumlah kematian masih belum dapat disahkan.

Serangan ini adalah sebahagian daripada operasi besar-besaran oleh tentera Israel di Gaza yang telah menyebabkan kematian lebih 42,847 orang dan mencederakan lebih 100,544 orang sejak Oktober 2023.

Serangan ini juga telah menyebabkan kemusnahan besar-besaran di kawasan sekitar hospital, termasuk Jabalia, di mana serangan udara Israel telah mengorbankan ramai penduduk.

Situasi di Gaza semakin meruncing dengan serangan berterusan oleh tentera Israel, menyebabkan penderitaan yang tidak terperi kepada penduduk awam yang terperangkap dalam konflik ini. - Awani