Polis buru enam lelaki disyaki cederakan pekerja kedai makan

Iklan
Polis sedang memburu enam lelaki dipercayai terbabit kes mencederakan seorang pekerja kedai makan menggunakan parang di Jalan Lipis-Raub, Selasa lepas. Gambar hiasan

KUANTAN - Polis sedang memburu enam lelaki dipercayai terbabit kes mencederakan seorang pekerja kedai makan menggunakan parang di Jalan Lipis-Raub, Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintenden Mohd Shahril Abdul Rahman berkata, laporan berkaitan kejadian itu dibuat seorang lelaki yang juga pemilik kedai makan pada keesokannya.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, siasatan awal mendapati enam lelaki bertopeng menaiki dua kenderaan jenis Honda CRV dan Accord sebelum berhenti di hadapan kedai makan berkenaan pada jam 11.37 malam.

"Mereka masuk ke premis berkenaan dan bertanyakan nama pemilik kedai sebelum seorang daripadanya mencederakan pekerja itu di bahagian siku kanan. Kesemua suspek kemudian bertindak melarikan diri dengan kenderaan yang sama,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Iklan

Mohd Shahril berkata, mangsa lelaki tempatan berusia 28 tahun itu dibawa ke Hospital Raub oleh pemilik kedai dan menerima 14 jahitan.

Beliau berkata, motif kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan selain Seksyen 148 Kanun Keseksaan. - Bernama

Iklan