Perhiasan Deepavali

Iklan
Setiap kali musim perayaan, pusat membeli-belah akan bertukar wajah dengan hiasan perayaan yang menghiasi ruang legar bagi mencerminkan keunikan perayaan tersebut.

Gurney Plaza di Persiaran Gurney tidak ketinggalan dalam menyambut keindahan Deepavali yang bakal tiba pada 31 Oktober ini.

Iklan
Iklan
Iklan
Iklan


Dengan hiasan yang penuh warna-warni dan menarik, pusat membeli-belah ini mencipta suasana yang memikat hati.

Para pengunjung tidak melepaskan peluang untuk merakam kenangan indah di hadapan perhiasan Deepavali yang menghiasi ruang legar, menjadikan setiap kenangan lebih bermakna dan istimewa.