RUU Keselamatan Dalam Talian langkah tutup 'kelompangan' undang-undang - Fahmi

Iklan
RUU Keselamatan Dalam Talian akan dibawa ke sidang Parlimen kali ini dan dijangka dibentangkan untuk bacaan kali kedua pada awal Disember. Gambar hiasan

PUTRAJAYA - Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil pada Jumaat menegaskan Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian ialah langkah bagi menutup 'kelompangan' undang-undang atau lacuna in the law kerana tiada takrifan tepat bagi jenayah buli termasuk buli siber di dalam negara.

Lacuna in the law merujuk kepada ketiadaan undang-undang khusus atau jelas terpakai bagi situasi tertentu.

Iklan
Iklan

"RUU ini akan dibawa ke Parlimen untuk pastikan bahawa dari segi secara keseluruhannya, Internet kita adalah selamat untuk kanak kanak dan keluarga.

"... kita (akan) ambil tindakan tegas terhadap mereka yang merupakan buli siber (pembuli) kerana pada waktu ini, dapatan daripada kajian di pihak kerajaan menunjukkan tiada takrif tepat bagi jenayah buli termasuk buli siber,” katanya pada sidang media pasca-Mesyuarat Jemaah Menteri di sini pada Jumaat.

Iklan

Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, RUU berkenaan akan dibawa ke sidang Parlimen kali ini dan dijangka dibentangkan untuk bacaan kali kedua pada awal Disember.

Beliau sebelum ini dilaporkan berkata, langkah membawa RUU berkenaan ke Parlimen dalam masa terdekat adalah untuk melihat isu keselamatan dalam talian secara lebih menyeluruh dapat ditangani, khususnya melibatkan empat aktiviti jenayah utama, seperti scam atau penipuan, judi dalam talian, buli siber dan jenayah seksual terhadap kanak-kanak.

Iklan

Beliau berkata, Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini juga telah meluluskan secara dasar pindaan kepada Kanun Keseksaan dan Kanun Tatacara Jenayah melibatkan buli siber dan RUU berkaitan akan dibawa ke sidang Dewan Rakyat kali ini. - Bernama