Cerun runtuh: Laluan ke Cameron Highlands ditutup

Iklan
Insiden cerun runtuh yang berlaku di Jalan Simpang Pulai - Cameron Highlands ditutup kepada semua kenderaan. Foto Ihsan pembaca (Gambar kecil: Abang Zainal Abidin)

IPOH - Insiden cerun runtuh di KM43.4, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands berhampiran sempadan negeri Pahang pada Jumaat menyebabkan laluan itu ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, penutupan jalan bagi kedua-dua arah itu bermula jam 5 petang bagi memberi laluan kerja-kerja pembersihan jalan sehingga selesai.

Iklan
Iklan
Penutupan penuh terpaksa dilakukan ekoran masih terdapat pergerakan tanah di lokasi kejadian dan amat berisiko dilalui oleh semua kenderaan. Foto: ihsan pembaca

"Penutupan penuh terpaksa dilakukan ekoran masih terdapat pergerakan tanah di lokasi kejadian dan amat berisiko dilalui oleh semua kenderaan.

"Kerja pembersihan jalan dilaksanakan oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Iklan

Menurut beliau, pengguna jalan raya disaran menggunakan laluan alternatif di Jalan Pahang dekat Tapah untuk ke Cameron Highlands.

"Pengguna juga dinasihatkan untuk merancang perjalanan bagi mengelakkan daripada terperangkap dalam kesesakan lalu lintas semasa penutupan dilaksanakan," katanya.

Iklan