Tiga beradik kehilangan kasih ibu, perkongsian Noorkhiriah menyentuh hati

Iklan
Tiga beradik yang dikongsikan Noorkhiriah.

PERKONGSIAN aktres Noorkhiriah mengenai tiga beradik yang kehilangan kasih seorang ibu pada Khamis telah menyentuh hati ramai pengikut media sosialnya.

Tiga adik-beradik perempuan yang berusia bawah tujuh tahun itu dilihat masih terpinga-pinga dengan pemergian ibu mereka.

Iklan
Iklan

"Saya tidak kuat... Allahuakbar... berulang kali saya lihat video ini, deras air mata. Tidak boleh berbohong sakitnya hilang tiba-tiba.

"Semoga anak-anak diberikan kekuatan atas kehilangan ibu mereka. Meninggal dunia dalam ambulans ketika dalam perjalanan ke hospital.

Iklan

"Mohon doakan anak-anak ini diberikan kekuatan dan ayahnya juga, jaga amanah ALLAH ini baik-baik. Ini kes yang paling saya tidak boleh tahan, saya berdoa sangat pada ALLAH, berikan kekuatan dan kesabaran buat yang sedang diuji ini. Tempatkan dikalangan hamba-hambaNYA yang beriman," kongsinya menerusi hantaran di Instagram.

Menerusi video yang dikongsikan, dapat dilihat salah seorang daripada anak wanita berkenaan menangis sebaik mencium tubuh ibunya yang sudah kaku.

Iklan

Difahamkan wanita berkenaan yang sesak nafas dan mempunyai ketumbuhan dalam badan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.

Dalam hantaran berbeza, Noorkhiriah turut berkongsi sepotong lagi video yang memperlihatkan anak sulung arwah mencium plastik kuning dipercayai mempunyai baju terakhir arwah ibu mereka.

Noorkhiriah turut meminta sumbangan daripada orang ramai bagi membolehkan Pertubuhan Amal Nur by Khiriah dapat meneruskan khidmat pengurusan dan penghantaran jenazah secara percuma.

"Dicium plastik kuning baju terakhir. Semoga ALLAH bagi kekuatan ya anak-anak. Allahuakbar...tak pernah rasa sesakit ini dalam kehilangan selain kehilangan ayah saya," tulisnya.

Dalam hantaran berikutnya, Noorkhiriah juga memohon sumbangan orang ramai bagi meneruskan hasrat murninya menjalankan fardhu kifayah dan membantu golongan kurang berkemampuan.

Sekadar info, Pertubuhan Amal Nur by Khiriah menyediakan khidmat pengurusan dan penghantaran jenazah secara percuma.