BEKAS pemain tengah Maghribi, Abdelaziz Barrada, meninggal dunia pada usia 35 tahun, menurut bekas kelabnya Paris Saint-Germain (PSG) pada Khamis malam.
"Paris Saint-Germain amat berdukacita atas pemergian Abdelaziz Barrada, pemain antarabangsa Maghribi dan produk akademi kelab, pada malam Khamis. Kelab ini mengucapkan takziah kepada keluarganya dan orang tersayang pada masa sukar ini,” kata PSG menerusi hantaran di X.