Kemaman dilanda ribut, lebih 20 rumah rosak

Iklan
Pokok tumbang menghempap rumah penduduk di Kemaman. Foto Facebook Haji Hanafiah Mat

KUALA TERENGGANU - Daerah Kemaman sekali lagi dilanda ribut petang tadi hingga menyebabkan lebih 20 buah rumah di sekitar Chukai dan Kijal mengalami kerosakan, terutama di bahagian bumbung.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Bencana Terengganu, Hanafiah Mat berkata, kejadian yang berlaku kira-kira 4 petang itu, turut mengakibatkan bumbung di sebuah bangunan di Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) Kemaman di Chukai, diterbangkan angin.

Iklan
Iklan

"Bagaimanapun tiada penduduk dipindahkan ke pusat pemindahan sementara kerana kerosakan tidak seteruk yang dialami oleh penduduk pada kejadian hujan air batu dan ribut, Rabu lepas.

"Kebanyakan rumah pun hanya mengalami sekitar tujuh atau lapan keping atap sahaja yang diterbangkan angin,” kata Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar negeri, serta

Iklan

Ahli Dewan Undangan Negeri Chukai itu ketika dihubungi Bernama.

"Bagaimana pun pihak bomba menerima panggilan mengenai dua kejadian pokok tumbang di sekitar bandar Chukai dan kerja-kerja pembersihan kawasan terlibat sedang dijalankan,” katanya.

Iklan

Pada Rabu Bandar Chukai dan kawasan dalam radius kira-kira tiga kilometer di sekitarnya dikejutkan dengan fenomena hujan air batu yang turut disertai ribut kuat.

Kejadian yang berlaku 4 petang dan berlangsung selama 10 hingga 15 minit itu, mengakibatkan sebanyak 244 buah rumah dan tujuh buah sekolah mengalami kerosakan teruk terutama pada bahagian bumbung. - Bernama