Logo khas Malaysia Madani dilancar, guna di setiap program kementerian, jabatan, agensi

Iklan
Fahmi (tengah) pada majlis pengumuman logo khusus Malaysia Madani di Kementerian Komunikasi pada Jumaat. Foto Bernama

PUTRAJAYA - Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil pada Jumaat melancarkan logo khusus Malaysia Madani berteraskan enam nilai teras iaitu Kemampanan, Kesejahteraan, Daya Cipta, Keyakinan, Hormat dan Ihsan untuk digunakan dalam setiap aktiviti serta program anjuran kementerian, jabatan serta agensi kerajaan.

Beliau yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, pengumuman logo-logo khusus itu susulan Mesyuarat Khas Akademi Kenegaraan pada 27 Februari lepas, yang memutuskan agar penggunaan logo Malaysia Madani berfungsi sebagai lambang atau representasi kepada gagasan Malaysia Madani yang perlu diperluaskan penggunaannya.

Iklan
Iklan

"Setiap penganjuran program kementerian, jabatan dan agensi kerajaan seharusnya dipadankan dengan nilai-nilai teras Malaysia Madani yang berkaitan dan perlu diperlihatkan melalui logo khusus.

"Setiap logo khusus ini hendaklah digunakan bersesuaian dengan maksud enam teras Malaysia Madani,” katanya pada majlis pelancaran logo itu selepas sidang media mingguan Kementerian Komunikasi di sini pada Jumaat.

Iklan

Beliau berkata, kerajaan juga amat mengalu-alukan pembudayaan logo khusus Malaysia Madani itu dilakukan secara bersama-sama merentasi sektor awam, swasta serta badan bukan kerajaan (NGO) bagi memastikan pelaksanaan program dan aktiviti berkaitan kenegaraan serta kemasyarakatan dapat diterapkan dengan aspirasi Malaysia Madani.

"Usaha ini diharapkan dapat menyemarakkan lagi penghayatan Malaysia Madani dalam kalangan pemimpin dan rakyat demi meningkatkan kesejahteraan dan kemakmuran tanah air tercinta ini,” katanya.

Iklan

Turut hadir Ketua Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia, Pejabat Perdana Menteri Datuk Mohd Haswandi Ahmad. - Bernama