'Kalau sayang sangat China, boleh pindah terus ke sana' - Razeef

Iklan
Laporan Sinar Harian

KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Razeef Rakimin menyelar tindakan pihak yang mengibarkan bendera China yang tular menerusi satu video perarakan di Menara Condong Teluk Intan pada Khamis malam.

Razeef yang juga Ketua Penerangan PKR Sabah turut membuat sindiran keras mengenai tindakan tersebut melalui hantaran di Facebook rasminya pada Jumaat.

Iklan
Iklan

Dalam hantaran itu, beliau berkata, untuk melakukan perarakan melibatkan kaum Cina dialu-alukan kerana negara ini mempunyai pelbagai bangsa.

"Kalau nak buat perarakan sambut perayaan kaum Cina, kita alu-alukan.. Kerana Malaysia lahir dari pelbagai bangsa. Tetapi sangat melampau bila bendera China pun dibawa berarak.

Iklan

"Kalau sayang sangat dengan China rasanya kamu dah boleh berpindah terus ke sana dan kita alu-alukan mereka yang melebihkan China dari Malaysia untuk berpindah ke sana," tulisnya.

Sebelum itu, Sinar Harian melaporkan penganjur Sambutan Guan Gong Sedunia di Stesen Malaysia tampil memohon maaf susulan penularan video perarakan tersebut yang sambil mengibar bendera China.

Iklan

Pengerusi Persatuan Kebudayaan Guan Gong, Soon Boon Hua berkata, tindakan itu dilakukan oleh peserta rombongan dari China yang menyertai perarakan sambutan berkenaan.