Deepavali: Kerajaan setuju beri satu hari cuti tambahan kepada pelajar ILJTM

Iklan
Masyarakat Hindu akan menyambut perayaan Deepavali pada 31 Oktober ini. Gambar hiasan Bernama

PUTRAJAYA - Kerajaan bersetuju memberikan satu hari cuti tambahan kepada pelajar Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM), sempena sambutan Hari Deepavali yang akan disambut pada 31 Oktober, kata Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong.

Menerusi kenyataan pada Jumaat, beliau berkata, bagi ILJTM di Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu, cuti tambahan ialah pada 30 Oktober, manakala ILJTM di negeri-negeri lain pada 1 November.

Iklan
Iklan

"Memandangkan terdapat 1,500 orang pelajar India di ILJTM, Kesuma (Kementerian Sumber Manusia), bersetuju memberikan satu hari cuti tambahan kepada semua pelajar ILJTM.

"Cuti panjang selama empat hari dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh semua pelajar ILJTM khususnya pelajar India yang beragama Hindu, bagi menyambut perayaan Hari Deepavali bersama keluarga,” katanya.

Iklan

Bagaimanapun, bagi mencapai dan mencukupkan jam latihan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP), Steven Sim berkata kelas gantian perlu diadakan mengikut tarikh yang bersesuaian sebelum berakhirnya semester latihan.

31 Oktober 2024 telah diisytiharkan sebagai Hari Kelepasan Am Persekutuan sempena Hari Deepavali di Malaysia. - Bernama

Iklan