Polis lepas dua das tembakan, suspek curi kabel TNB ditahan

Iklan
Anggota polis sedang menjalankan siasatan.

GEORGE TOWN - [DIKEMAS KINI] Tindakan lelaki yang memecut laju kenderaan yang dipandunya sehingga mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya mengundang padah apabila dia ditahan pada jam 6.35 petang, Jumaat.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintenden Lee Swee Sake berkata, dalam kejadian jam 5.30 petang itu, polis terpaksa melepaskan dua das tembakan pada tayar depan sebelah kiri kereta jenis Honda Civic yang dipandu suspek.

Iklan
Iklan

Menurutnya, polis menyedari kereta dipandu suspek dalam keadaan mencurigakan berhampiran Bilik Pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB) Jalan Kelawei di sini, sebelum mengejarnya

Polis melepaskan dua das tembakan pada tayar depan sebelah kiri kereta jenis Honda Civic yang dipandu suspek.

"Anggota polis yang sedang menjalankan rondaan mendapati sebuah kereta dipandu seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan lalu mengarahkannya berhenti untuk pemeriksaan.

Iklan

"Suspek bagaimanapun memecut kenderaan dan ingin melanggar anggota polis yang menahannya. Suspek juga memandu secara bahaya sehingga melanggar beberapa buah kereta yang berada berdekatan kawasan tersebut," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Tambah Swee Sake, susulan daripada itu, polis terpaksa melepaskan dua das tembakan namun suspek masih terus memandu kenderaannya itu.

Anggota polis menjalankan siasatan di lokasi kejadian.

Iklan

"Suspek cuba bersembunyi namun tindakan pantas pasukan polis IPD Timur Laut berjaya menahan suspek di sebuah kompleks beli belah di situ. Jarak suspek melarikan diri sejauh 500 meter dari lokasi dia meninggalkan keretanya," katanya.

Polis terpaksa melepaskan dua das tembakan pada tayar depan sebelah kiri kereta jenis Honda Civic yang dipandu suspek.

Jelasnya, siasatan awal mendapati, suspek dipercayai terlibat dalam kes curi kabel tembaga di bilik pencawang TNB.