Penjawat awam beragama Hindu boleh guna CTR sehari sebelum atau selepas Deepavali

Iklan
Foto hiasan Bernama.

KUALA LUMPUR - Pegawai Perkhidmatan Awam beragama Hindu boleh memilih untuk menggunakan Cuti Tanpa Rekod (CTR) sempena perayaan Deepavali selama satu hari, sama ada sehari sebelum atau pada hari kedua perayaan itu, bermula tahun ini.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam kenyataan memaklumkan penggunaan CTR itu tertakluk kepada penerimaan oleh pihak berkuasa masing-masing dan surat edaran mengenai perkara itu sudah dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan.

Iklan
Iklan

"Hari Deepavali pada tahun ini jatuh pada Khamis, 31 Oktober 2024. Sehubungan itu CTR selama satu hari kepada Pegawai Perkhidmatan Awam yang menganut agama Hindu dan berkhidmat di negeri-negeri yang Hari Deepavali merupakan cuti umum adalah pada Rabu, 30 Oktober 2024 atau Jumaat, 1 Novemebr 2024.

"Kerajaan mengucapkan Selamat Hari Deepavali dan semoga cuti tambahan ini dapat memberi lebih ruang kepada pegawai untuk menyambut perayaan tersebut bersama keluarga,” menurut kenyataan itu.

Iklan

31 Oktober 2024 telah diisytiharkan sebagai Hari Kelepasan Am Persekutuan sempena Hari Deepavali di Malaysia. - Bernama

Iklan