Permohonan maaf Najib: Tiada siapa lebih berkuasa berbanding undang-undang

Iklan
Hantaran Muhammad Kamil di laman sosial, X pada Jumaat.

SHAH ALAM - Tiada sesiapa lebih berkuasa berbanding undang-undang termasuk bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, proses keadilan perlu ditegakkan walaupun Najib telah melakukan permohonan maaf secara terbuka.

Iklan
Iklan

"Segala hujah yang cuba mempertahankan kecurangan tersebut telah dipadamkan melalui permohonan maaf oleh Najib.

"Tiada sesiapa yang lebih berkuasa berbanding undang-undang. Proses keadilan harus dan mesti ditegakkan,” katanya menerusi satu hantaran di laman sosial, X pada Jumaat.

Iklan

Sebelum ini, bekas Ahli Parlimen Pekan itu membuat permohonan maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia menerusi kenyataan dibacakan anaknya, Datuk Mohamad Nizar berhubung salah laku yang berlaku dalam 1MDB terutama ketika di bawah pengawasannya selaku Menteri Kewangan dan Perdana Menteri.

Mohamad Nizar, 46, berkata, setiap hari bapanya berasa amat terluka apabila mengetahui kecurangan yang berlaku dalam syarikat strategik negara terbabit, terjadi semasa di bawah pengawasannya sebagai menteri.

Iklan

Dalam perkembangan sama, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima baik permohonan maaf bekas Ahli Parlimen Pekan berhubung penyelewengan dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Sementara itu, Muhammad Kamil menegaskan bahawa Ahli Parlimen Tambun itu tidak mengeluarkan kenyataan bahawa beliau menerima permohonan maaf Najib.

"Tidak timbul isu PMX (Anwar) terima maaf atau tidak. Apa yang disebut PMX ialah beliau terima baik permohonan maaf yang dibuat.

"Ternyata tidak mengetepikan malah mengubah fakta bahawa negara telah menanggung beban kerosakan yang besar akibat skandal 1MDB,” ujarnya.