MFL bantu KL City cara hantar rayuan

Iklan

UNIT Pelesenan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) akan ditugaskan membantu kelab Liga Super, Kuala Lumpur City (KL City) FC dalam mengemukakan rayuan kepada First Instance Body (FIB).

Badan pentadbir saingan liga teratas negara itu berkata, The City Boys pada 12 Ogos telah menghantar surat berikutan keputusan penalti potongan enam mata bertarikh 5 Ogos.

Iklan
Iklan

Namun MFL memaklumkan bahawa surat bertajuk 'Notis Hasrat untuk Merayu Keputusan FIB' bukan satu rayuan rasmi sebaliknya hanya satu pemberitahuan mengenai hasrat kelab ibu kota berkenaan untuk membuat rayuan, bersama-sama dengan hasrat mereka untuk membentangkan rancangan dan cadangan terperinci selepas pemilihan Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) yang baharu.

Tambah MFL, pihaknya kemudiannya telah menerima surat baharu bertarikh 23 Oktober bertajuk 'Rayuan Menentang Keputusan FIB mengenai Kuala Lumpur City FC', yang mengesahkan komitmen KL City FC untuk meneruskan rayuan itu.

Iklan

"Untuk tujuan penjelasan, alasan rayuan biasanya disertakan dengan dokumen sokongan daripada agensi masing-masing sebagai bukti, untuk membuktikan rancangan masa hadapan dan menjelaskan mengapa keputusan awal itu sama ada tersasar, tersilap atau berat. Dan mengapa rayuan wajar dikemukakan,” ujar MLF.

Sebagai rekod, pemotongan enam mata dikenakan FIB terhadap KL City FC kerana pengisytiharan tunggakan yang tidak tepat semasa proses pelesenan.

Iklan