Mati jatuh dari tingkat tiga ketika kejar anjing

Iklan
Mangsa dikatakan berlari terlalu laju hingga terbabas ke luar tingkap berkenaan. - Foto Agensi

NEW DELHI - Seorang lelaki menemui ajal selepas terjatuh dari tingkat tiga sebuah hotel ketika mengejar seekor anjing.

Insiden malang itu menimpa Uday Kumar, 22, yang menghadiri sambutan hari lahir rakannya di VV Pride Hotel di bandar Hyderabad pada awal minggu lalu.

Iklan
Iklan

Menurut polis, Kumar berada di lobi hotel berkenaan pada jam 12.30 pagi (waktu tempatan) apabila dia terjumpa seekor anjing dan mula bermain-main dengan haiwan itu.

"Dia terlalu seronok mengejar anjing itu hingga hilang kawalan sebelum terjatuh ke luar tingkap. Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian," ujar jurucakapnya.

Iklan

Menerusi rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV), Kumar jelas dilihat tergelincir di birai jendela tersebut yang hampir sama dengan paras pinggangnya.

Bedah siasat telah dilakukan ke atas mayatnya dan polis melancarkan siasatan terhadap kes kematian mencurigakan tersebut. - Agensi

Iklan