Siri terakhir untuk peminat

Iklan
Ikatan antara Eddie dan Venom cukup kuat sehingga mampu menyentuh hati penonton.

Venom The Last Dance sentuhan Kelly Marcel kurang menjadi

FILEM Venom: The Last Dance dipromosikan sebagai siri terakhir dalam trilogi Venom dan pastinya dinanti-nantikan peminat setianya.

Selepas mengambil peranan sebagai lakon layar dalam filem Venom (2018) diikuti penulis skrip dan lakon layar Venom: Let There Be Carnage (2021), Kelly Marcel nampaknya diberi kepercayaan penuh untuk mengemudi bahagian akhir filem yang mendapat sambutan ramai ini.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun kesempatan itu tidak digunakan sebaiknya oleh Marcel kerana sebagai peminat Venom, siri terakhir ini bagai tiada hala tuju dari segi penceritaannya.

Perjalanan filem ini bermula dari percutian Eddie Brock (Tom Hardy) bersama Venom di Mexico dan mereka menyedari kini menjadi buruan polis kerana kematian pegawai polis, Patrick Mulligan.

Benarkah Venom The Last Dance merupakan siri terakhir filem ini?

Iklan

Dalam masa, Eddie dan Venom turut diburu pasukan khas tentera Amerika Syarikat yang menyiasat mengenai beberapa simbiotik termasuk Venom.

Perjalanan filem ini bagi penulis sudah cukup menarik tetapi sayangnya tidak dikembangkan dengan cukup baik sehingga membuatkan banyak tanda tanya di awal filem tetapi tidak dileraikan sebaiknya sehingga ke penghujung termasuk kewujudan watak baharu yang juga tidak dikembangkan sebaiknya.

Iklan

Malah ada beberapa babak dan watak yang wujud dalam filem ini, bagi penulis jika tidak ada pun, tidak menjadi satu masalah.

Malah Marcel memilih untuk mengulang 'komedi' antara Eddie Brock dan Venom sehingga membuatkan penonton dihidangkan dengan formula sama berulang kali.

Eddie dan Venom menjadi buruan tiga pihak berbeza pada siri akhir ini.

Hanya pada kemuncak filem ini, bagi penulis baharulah terasa ada tarikannya dan turut menyuntik elemen emosi yang menyentuh hati.

Bagaimanapun lakonan Hardy dan babak aksi serta kejutan pada babak pertarungan sedikit sebanyak 'membayar' semula kekurangan di awal filem ini. Bukan itu sahaja, penonton pasti akan terusik dengan beberapa babak pada filem ini yang agak menyentuh emosi.

Mungkin ini strategi pihak penerbit atau Hardy atau Marcel kerana ada beberapa watak dalam filem ini seperti memberi bayangan kepada filem-filem mereka yang akan datang. Mungkin ini bukan filem terakhir Venom.

Cuma satu 'spoiler' yang ingin penulis kongsikan, pastikan anda menonton filem ini sehingga ke kredit akhir!

VENOM: THE LAST DANCE

PENGARAH: Kelly Marcel

PELAKON: Tom Hardy, Juno Temple, Chiwetel Ejiofor, Rhys Ifans

GENRE: Aksi / Sains Fiksyen

DURASI: 1 Jam 49 Minit

KLASIFIKASI: 13

BAHASA: Inggeris

TAYANGAN: 24 Okt 2024

BINTANG: 3/5