Ribut Tropika Trami mengganas

Iklan
Perkampungan dan kenderaan pembinaan yang ditenggelami banjir akibat hujan lebat dibawa oleh Trami di bandar Bato, wilayah Camarines Sur, Filipina.

Ia sedang aktif di Laut China Selatan, dijangka bergerak menuju ke Vietnam

MANILA - Ribut Tropika Trami membadai Filipina, sekali gus memaksa penutupan sekolah dan pejabat-pejabat pemerintah, manakala agensi-agensi bencana bersiap sedia menghadapi lebih banyak hujan serta banjir.

Trami dengan angin sekencang antara 95 kilometer hingga 160 kilometer sejam, bergerak ke arah barat melalui wilayah Isabela menghala ke Laut China Selatan, menurut agensi cuaca negara itu.

Penduduk menyeberangi jambatan yang dipenuhi longgokan sampah dibawa oleh Trami di bandar Polangui, wilayah Albay.

Iklan
Iklan

Ia memberi amaran hujan sangat lebat, banjir, tanah runtuh dan ribut akan berlaku di beberapa wilayah di utara Filipina.

Seorang wanita bersama anak-anaknya mengharungi jalan yang dinaiki air di bandar Calumpit, wilayah Bulacan.

Dikenali sebagai Kristine oleh penduduk tempatan, ribut berkenaan sudah meragut nyawa sekurang-kurangnya 26 orang sehingga Khamis dan memaksa lebih beratus ribu orang meninggalkan rumah mereka di Filipina selepas ia mendarat di pantai timur laut negara itu sejak Rabu lalu.

Kemusnahan di Bato, Camarines Sur selepas Trami membadai kawasan itu.

Iklan

Bank pusat pula membatalkan perdagangan pertukaran asing dan operasi kewangan.

Sebuah kereta penduduk hampir tertimbus selepas Trami membadai bandar Guinobatan.

Sementara itu, seramai 431,738 keluarga atau 2,077,643 orang di Wilayah Ilocos, Lembah Cagayan, Calabarzon, Mimaropa, Bicol, Visayas Barat, Visayas Tengah, Visayas Timur, Semenanjung Zamboanga, Caraga, Wilayah Autonomi Bangsamoro di Mindanao Muslim (BARMM) dan Wilayah Pentadbiran Cordillera (CAR) terjejas akibat ribut tersebut.

Sebuah keluarga menggunakan pelampung membawa barang-barang mereka meredah jalan yang dinaiki air akibat Trami di bandar Bato, wilayah Camarines Sur.

Iklan

Pada masa ini seramai 43,463 keluarga atau 163,184 orang sedang berlindung di 4,567 pusat pemindahan, manakala seramai 8,003 keluarga atau 32,877 orang dibantu di luar pusat pemindahan.

Cuaca buruk yang dicetuskan oleh Trami turut menjejaskan operasi 86 pelabuhan di sembilan wilayah.

Penduduk menolak motosikal mereka meredah banjir di bandar Naga, wilayah Camarines Sur.

Kira-kira 1,007 kediaman di tujuh wilayah turut rosak.

Filipina lazimnya mencatat purata 20 ribut tropika setiap tahun, sering kali menyebabkan hujan lebat, angin kencang dan tanah runtuh yang meragut nyawa.

Keadaan pantai bergelora akibat angin kencang di Manila.

Dalam pada itu, menurut Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), ribut tropika kuat Trami sedang aktif di Laut China Selatan dan dijangka bergerak ke barat menghala ke Vietnam.

Menerusi kenyataan MetMalaysia, keadaan tersebut menyebabkan peningkatan kelajuan angin sehingga 28 Oktober ini.

Pengawal Pantai Filipina (PCG) melakukan operasi menyelamat di kawasan banjir di Nabua, Camarines Sur di Filipina.

"Ia juga berpotensi membawa hujan berterusan di barat Sabah dam pembentukan garis badai di utara serta Pantai Timur Semenanjung dalam tempoh tersebut.

"Sehubungan itu, MetMalaysia mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan (Waspada) bagi Sabah dan Labuan berkuat kuasa sehingga esok.

Penduduk yang terjejas berlindung di penempatan sementara di sepanjang jalan di Cavite, barat daya Manila.


Kanak-kanak yang terjejas akibat Trami beratur untuk menerima makanan percuma diagihkan di kawasan penempatan sementara di Marikina, timur Manila.

"Amaran angin kencang dan laut bergelora bagi Laut China Selatan dan Laut Sulu berkuat kuasa sehingga 27 Oktober ini,” katanya pada Khamis. – Agensi