Penganjur perlu peka sensitiviti rakyat Malaysia

Iklan
Tangkap layar video tular mempamerkan peserta negara China mengibar bendera negara itu ketika perarakan sambutan Guan Gong Sedunia di Teluk Intan.

MALAYSIA sebagai sebuah negara yang didiami pelbagai kaum dan agama, sudah pasti berdepan dengan banyak cabaran khususnya melibatkan keharmonian dalam membina perpaduan.

Tidak dinafikan segala masalah yang timbul melibatkan sebarang insiden, ia sering kali dikaitkan dengan bangsa dan hal itu secara tidak langsung menggugat jalinan perpaduan rakyat Malaysia.

Iklan
Iklan

Baru-baru ini, negara sekali lagi dikejutkan dengan satu video yang tular di laman sosial memaparkan perarakan satu kaum yang turut mengibarkan bendera China.

Ekoran itu, polis Perak memanggil penganjur untuk dirakam keterangan berhubung video berkenaan sambutan Guan Gong Sedunia kerana ia didapati telah melanggar syarat di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.

Iklan

Hal ini menjadi lebih kontroversi apabila ada pihak yang cuba menaikkan sentimen bahawa warga China semakin berani bertindak dan menunjukkan ‘belang’ di Malaysia.

Dalam hal ini, mana-mana pihak penganjur perhimpunan yang mahu mengadakan sebarang acara yang dilakukan di kawasan tumpuan orang ramai atau umum perlu lebih peka terhadap undang-undang negara.

Iklan

Selaku pihak yang bertanggungjawab dalam menjayakan acara, mereka sepatutnya memaklumkan kepada peserta tentang perkara yang dibenarkan dan tidak boleh dilakukan bagi mengelakkan sebarang masalah berbangkit.

Pun begitu, walaupun pihak penganjur yang mengadakan acara sambutan Guan Gong Sedunia di Teluk Intan, Perak itu telah membuat permohonan maaf, namun ia telah pun memulakan sesuatu isu yang bakal dibahaskan dalam tempoh lama.