Selami makna sebenar integriti, tata kelola dan rasuah

Iklan
Azam (kanan) menyampaikan cenderahati kepada Hajiji (tengah) sempena majlis perasmian KITA 2024 yang diadakan di Kota Kinabalu, Sabah baru-baru ini. Foto SPRM

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melipatgandakan usaha memberi pemahaman kepada golongan sasar makna sebenar integriti, tata kelola dan rasuah.

Dengan penganjuran Konvensyen Integriti, Tadbir Urus dan Antirasuah (KITA) 2024 pada 14 Oktober lalu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) Kota Kinabalu, seramai 2,000 peserta dihimpunkan bagi mendapatkan informasi jenayah rasuah.

Iklan
Iklan

Pengarah Bahagian Pengurusan Integriti SPRM, Timbalan Pesuruhjaya Lim Bee Kean berkata, pihaknya sentiasa berusaha memastikan golongan sasar memahami dan menjauhi rasuah.

Bee Kean

"Konvensyen ini merupakan anjuran kali kedua dengan kerjasama Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.

Iklan

Bee Kean berkata, bertemakan ‘Integriti Lestari Asas Kejayaan Madani’, penganjuran KITA 2024 melibatkan barisan pengurusan tertinggi, Ketua Pegawai Integriti dan Governans (CIGO) serta pegawai integriti daripada syarikat berkepentingan kerajaan (SBK) Persekutuan dan negeri Sabah.

Azam (kanan) dan Hajiji (tengah) menyaksikan gimik pelancaran KITA 2024 yang dianjurkan bertujuan memperhebatkan kesedaran orang ramai tentang bahaya rasuah. Foto SPRM

Menurut beliau, konvensyen tersebut antara lain meningkatkan kemahiran dan keunggulan sahsiah dalam kalangan pemimpin di negeri tersebut.

Iklan

Selain itu katanya, ia diharap dapat mewujudkan sinergi antara organisasi bagi memaksimumkan sumber dan idea dalam usaha pemantapan integriti serta tadbir urus.

"Dengan inisiatif seperti KITA 2024, diharapkan objektif pengukuhan integriti dan pembudayaan nilai antirasuah dapat dicapai sepenuhnya.

"Selain itu, konvensyen seumpama ini boleh menjadi platform terbaik untuk percambahan idea dan pembelajaran bagi ketua-ketua unit integriti dan governans,” ujarnya.

Sebahagian peserta melafazkan ikrar antirasuah sempena konvensyen tersebut yang diadakan di Kota Kinabalu, Sabah baru-baru ini. Foto SPRM

Bee Kean berkata, program KITA 2024 adalah inisiatif untuk melaksanakan misi dan visi kerajaan dalam memerangi rasuah, meningkatkan integriti dan memperkasakan tadbir urus pentadbiran.

Beliau berkata, peluncuran Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023 pada 29 Januari 2019 yang mengandungi 111 inisiatif antirasuah menyasarkan enam sektor utama iaitu tadbir urus politik, perolehan awam, penguatkuasaan undang-undang, pentadbiran sektor awam, perundangan dan kehakiman serta tadbir urus korporat.

Jelas beliau, pelan tersebut berjaya melaksanakan 85 inisiatif sepanjang tempoh lima tahun pelaksanaannya.

Peserta KITA 2024 bergambar kenangan bersama kepimpinan tertinggi Kerajaan Negeri Sabah dan barisan kepimpinan SPRM. Foto SPRM

Katanya, sebagai kesinambungan kepada NACP, kerajaan memperkenalkan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) 2024-2028 pada 7 Mei lalu yang diluncurkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, NACS kali ini memberi tumpuan kepada kesejahteraan rakyat melalui agenda Malaysia Madani serta menyediakan hala tuju jelas untuk membanteras rasuah di setiap peringkat.

"Satu perjumpaan dilaksanakan pasukan petugas khas Indeks Persepsi Rasuah (CPI) dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar bagi usaha mencapai kedudukan Malaysia di tangga ke-25 teratas dunia untuk indeks tersebut,” jelasnya.