Giliran Australia 'belasah' Malaysia

Iklan
Pemain Young Tigers, Andywalfian Jeffrynus (tengah), diasak pemain Australia Angus Adamson pada Piala Sultan Johor di Stadium Hoki Johor, Taman Daya. Foto Bernama

SKUAD hoki remaja negara, Young Tigers menamatkan pusingan liga tanpa sebarang mata selepas dibelasah Australia 3-9 pada Piala Sultan Johor (SOJC) 2024 di Stadium Hoki Johor, Taman Daya, Johor Baharu pada Jumaat.

Keputusan itu menyaksikan The Young Tigers, kendalian I Vikneswaran berada di kedudukan tercorot akan berdepan Jepun bagi penentuan tempat kelima dan keenam.

Iklan
Iklan

Australia bimbingan Jay Stacy mengutip 10 mata dengan Great Britain dan terpisah dengan jumlah jaringan bakal berentap di pentas final sementara India berdepan New Zealand bagi penentuan kedudukan ketiga dan keempat.

Terdahulu, perlawanan malam tadi menyaksikan Australia bermula garang dengan melancarkan serangan ke kubu pertahanan sekali gus meletakkan pasukan itu di hadapan hasil gol padang Liam Henderson seawal minit kedua.

Iklan

Skuad Burras terus mencipta kejutan apabila menggandakan jaringan seminit kemudian menerusi pukulan sudut penalti yang disempurnakan Dylan Downey.

Tidak menunggu lama, Australia terus melebarkan jaringan hasil pukulan sudut penalti Ian Grobbelaar dan gol padang Jesse Absolom masing-masing pada minit ketujuh dan ke-15.

Iklan

Skuad remaja negara akhirnya merungkai jaringan selepas Muhammad Danish Danial yang tidak dikawal bertindak menolak masuk ke gawang, selepas menerima hantaran Che Nur Aqilrullah pada minit ke-24 sementara gol kedua hadir lima minit kemudian menerusi pukulan sudut penalti disempurnakan Azimuddin Kamaruddin.

Australia sekali lagi menambah derita skuad remaja negara dengan dua gol padang yang dijaringkan Toby Mallon pada minit ke-33 dan Daykin Stanger empat minit kemudian.

Babak akhir perlawanan, Malaysia memperoleh gol ketiga menerusi pukulan sudut penalti Harris Osman pada minit ke-50.

Tiga gol terakhir Australia hadir menerusi penalti strok Liam tiga minit kemudian dan gol padang Patrick Andrew pada minit ke-55 sementara gol padang Lucas Toonen minit ke-60.

INFO

Edisi SOJ 2023, Malaysia menamatkan saingan di tempat ketujuh selepas menewaskan Afrika Selatan 3-2 pada perlawanan penentuan kedudukan.