Sudah berusia 99 tahun, Tun M masih aktif penuhi undangan kerja

Iklan
Dr Mahathir masih lagi aktif memenuhi undangan temu bual, menghadiri majis dan mesyuarat walaupun usia sudah 99 tahun. Foto YouTube Dr Mahathir

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mencerminkan beliau merupakan seorang yang sudah menginjak usia 99 tahun apabila masih lagi aktif bekerja.

Dr Mahathir yang lahir pada 10 Julai 1925 masih mempunyai kudrat dan ingatan kuat kerana sehingga kini beliau mampu menyertai sebarang program termasuk wawancara, menghadiri mesyuarat, majlis dan bertemu rakyat.

Iklan
Iklan

Jika lihat pada angka usianya, sukar untuk mempercayai bahawa beliau masih dikurniakan keupayaan bergerak, berbicara dan ingatan yang kuat.

Bagaimanapun, hal tersebut tidak mustahil bagi figura yang pernah dua kali bergelar Perdana Menteri Malaysia.

Iklan

Menerusi rakaman video berdurasi dua minit 32 saat yang dimuat naik di YouTube, ia menunjukkan Dr Mahathir begitu aktif dalam memenuhi undangan.

Antara kandungan video yang bertajuk ‘Seminggu Bersama Dr Mahathir' memaparkan beliau mampu melakukan 15 aktiviti termasuk mesyuarat, wawancara, menghadiri majlis dan sebagainya dalam tempoh 30 September hingga 5 Oktober.

Iklan

Sukar untuk dipercaya, namun video yang bertajuk ‘Seminggu Bersama Dr Mahathir' memaparkan beliau mampu melakukan 15 aktiviti termasuk mesyuarat, wawancara, menghadiri majlis dan sebagainya dalam tempoh 30 September hingga 5 Oktober.

Dalam rakaman berkenaan turut memaparkan bahawa Dr Mahathir tidak mempunyai masalah untuk bergerak malah masih kuat menggunakan tangga untuk ke tingkat lain.

Bukan itu sahaja, bekas Ahli Parlimen Langkawi itu juga masih boleh memandu kereta tanpa sebarang masalah.

Rakaman dimuat naik pada Jumaat itu membuktikan bahawa Dr Mahathir sememangnya seorang tokoh negarawan yang memiliki semangat tinggi untuk terus berkhidmat demi negara.