Kes latihan penerbangan: Polis terima 11 laporan

Iklan
Polis setakat ini telah menerima 11 laporan berhubung dakwaan penyelewengan membabitkan wang program latihan penerbangan yang sepatutnya dibayar oleh sebuah syarikat tempatan kepada sebuah akademi penerbangan di luar negara. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Polis setakat ini telah menerima 11 laporan berhubung dakwaan penyelewengan membabitkan wang program latihan penerbangan yang sepatutnya dibayar oleh sebuah syarikat tempatan kepada sebuah akademi penerbangan di luar negara.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, satu daripada laporan itu diterima daripada Majlis Amanah Rakyat (Mara) manakala 10 lagi daripada pelatih yang jadi mangsa.

Iklan
Iklan

"Siasatan terperinci giat dijalankan bersabit laporan (Mara) tersebut membabitkan nilai kerugian dianggarkan berjumlah RM2.4 juta.

"Siasatan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan masih dijalankan dan pegawai penyiasat sedang dalam tindakan untuk menyempurnakan beberapa arahan yang telah diberikan oleh Timbalan Pendakwa Raya bagi melengkapkan siasatan kes tersebut,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Iklan

Sebelum ini, Bernama melaporkan dakwaan kes ini dalam tiga bahagian berita yang antaranya membincangkan kegagalan syarikat itu dan kerugian kewangan besar yang dihadapi keluarga pelatih dan Mara.

Seorang bapa pelatih menjelaskan, Mara memperuntukan anggaran RM441,000 untuk membiayai setiap pelatih tajaannya di Czech Aviation Training Centre (CATC) di Prague, Republik Czech dengan dana itu diserahkan kepada syarikat berkenaan untuk membayar yuran pengajian dan penginapan mereka.

Iklan

"Terdapat satu ketika, pelatih dari Malaysia di Prague diusir dari tempat penginapan mereka pada tengah malam kerana syarikat itu gagal membayar yuran penginapan. Semasa kekalutan itu, ramai ibu bapa pelajar tampil untuk menyiasat situasi syarikat berkenaan dengan membentuk kumpulan WhatsApp.

"Setelah mengetahui bahawa syarikat itu gagal membayar yuran kepada sekolah penerbangan, mereka memutuskan untuk membuat laporan polis bersama pada 5 Februari 2022 di Balai Polis Bukit Jelutong di Shah Alam,” katanya. - Bernama