Lelaki ditahan rogol anak berusia 14 tahun

Iklan
Seorang lelaki direman tujuh hari sehingga Khamis depan selepas disyaki merogol anak kandungnya yang berusia 14 tahun dalam kejadian di Bersia, Rabu lalu. Gambar hiasan (Gambar kecil: Zulkifli)

GERIK - Seorang lelaki direman tujuh hari sehingga Khamis depan selepas disyaki merogol anak kandungnya yang berusia 14 tahun dalam kejadian di Bersia, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Zulkifli Mahmood berkata, penahanan suspek berusia 42 tahun itu dilakukan selepas menerima laporan daripada remaja perempuan terbabit pada jam 12.23 tengah malam.

Iklan
Iklan

"Suspek ditahan sepasukan pegawai dan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik di Jeti Air Temin pada jam 7.45 pagi pada Jumaat.

"Berdasarkan siasatan, kejadian itu berlaku antara jam 1 hingga 5 pagi dan mangsa telah dibawa membuat pemeriksaan di hospital sebelum hadir membuat laporan di balai polis," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Iklan

Menurut beliau, semakan rekod lampau mendapati suspek memiliki rekod jenayah di bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan bagi kesalahan sumbang mahram.

Katanya, siasatan lanjut ke atas suspek sedang dijalankan di bawah Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan.

Iklan