Siling Plaza Tol Telemung runtuh dibadai ribut

Iklan
Keadaan siling pada bumbung Plaza Tol Telemung di Hulu Terengganu yang runtuh akibat dibadai ribut pada malam Jumaat.

HULU TERENGGANU - Sebahagian siling Plaza Tol Telemung runtuh akibat dibadai angin kencang dalam kejadian ribut yang melanda pada Jumaat malam.

Pengurus Wilayah Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2), Mohamad Pazli Kasim berkata, kejadian tersebut berlaku pada jam 8.20 malam.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, katanya, insiden itu tidak menyebabkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa.

"Kejadian yang berlaku ketika angin kencang malam tadi (Jumaat) tidak menjejaskan atau merosakkan kenderaan pengguna tol dan kakitangan yang sedang bertugas waktu itu.

Iklan

"Terdapat dua lorong tol yang ditutup malam tadi bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembersihan dan pembaikan.

"Dua lorong keluar di plaza tol ini telah dibuka dan beroperasi seperti biasa bermula jam 9.20 malam tadi," katanya ketika dihubungi di sini pada Sabtu.

Iklan

Sebahagian sisa runtuhan akibat angin kencang yang melanda di sekitar kawasan Plaza Tol Telemung pada malam Jumaat.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, pihak jurutera juga sedang melakukan pemeriksaan lanjut ke atas struktur bangunan tersebut bagi mengenal pasti nilai kerugian dialami.

Katanya, orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat terkini berkenaan operasi di plaza tol tersebut boleh hubungi talian 1800880220.