Dua beradik lemas ketika cuba ambil bola dalam parit

Iklan
Dua beradik dilaporkan lemas selepas dipercayai cuba mengambil bola dalam parit di Jalan Jepun, Kampung Melaka, Tanjong Karang di sini pada lewat petang Khamis. Foto hiasan

KUALA SELANGOR - Dua beradik dilaporkan lemas selepas dipercayai cuba mengambil bola dalam parit di Jalan Jepun, Kampung Melaka, Tanjong Karang di sini pada lewat petang Jumaat.

Sumber memaklumkan, kedua-dua kanak-kanak lelaki itu berusia 7 dan 9 tahun itu dipercayai mengikut bapa mereka menghadiri gotong-royong kenduri kahwin di sebuah rumah kenalannya di kampung berkenaan.

Iklan
Iklan

Menurut sumber, kejadian dipercayai berlaku semasa mereka bermain bola sebelum bola itu terjatuh dalam parit.

"Salah seorang daripada mereka turun ke dalam parit bagi mengambil bola yang terjatuh, namun tiba-tiba lemas.

Iklan

"Seorang lagi mangsa yang terkejut dengan kejadian itu kemudiannya terjun ke dalam parit untuk menyelamatkan, namun kedua-dua mereka lemas," kata sumber itu.

Difahamkan, dua beradik itu menetap di Kampung Tali Air 1 Sungai Burong dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Tanjong Karang untuk dibedah siasat.

Iklan

Sementara itu, Sinar Harian masih menunggu laporan lanjut daripada pihak berkuasa bagi mengesahkan kejadian terbabit.