Polis sahkan dua beradik maut akibat lemas dalam parit

Iklan
Terdahulu Sinar Harian melaporkan, dua beradik dilaporkan lemas selepas dipercayai ketika cuba mengambil bola di tepi parit di Jalan Jepun, Kampung Melaka, Tanjong Karang di sini pada lewat petang Jumaat.

KUALA SELANGOR - Polis mengesahkan dua beradik meninggal dunia akibat lemas di Kampung Melaka, Bagan Tengkorak, di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintenden Azharudin Tajuddin berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu pada jam 9.51 malam.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, polis telah membuat siasatan awal dan dipercayai kedua-duanya sedang bermain di kawasan parit dan kemudiannya terjatuh.

"Kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Tanjong Karang dan pegawai perubatan mengesahkan mereka telah meninggal dunia. Punca kematian akibat mati lemas," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Iklan

Sehubungan itu, katanya, polis meminta orang ramai yang melihat kejadian itu menyalurkan maklumat kepada Pegawai Penyiasat, Sub Inspektor Che Abdul Hamid di talian 03-32698222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Terdahulu Sinar Harian melaporkan, dua beradik dilaporkan lemas selepas dipercayai ketika cuba mengambil bola di tepi parit di Jalan Jepun, Kampung Melaka, Tanjong Karang di sini pada lewat petang Jumaat.

Iklan

Sumber memaklumkan, kedua-dua kanak-kanak lelaki itu berusia 7 dan 9 tahun itu dipercayai mengikut bapa mereka menghadiri gotong-royong kenduri kahwin di sebuah rumah kenalannya di kampung berkenaan.

Difahamkan, kedua-dua beradik itu menetap di Kampung Tali Air 1 Sungai Burong.