Kastam rampas minuman keras RM2.8 juta

Iklan
Abdul Ghafar (tengah) menunjukkan kejayaan pasukannya menumpas kegiatan penyeludupan minuman keras dianggarkan bernilai RM2.8 juta di Kuala Lumpur dan Ipoh. Foto ihsan JKDM

IPOH - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perak menumpaskan kegiatan penyeludupan minuman keras dianggarkan bernilai RM2.8 juta dalam tiga serbuan di Kuala Lumpur dan Ipoh, minggu lalu.

Pengarahnya, Datuk Abdul Ghafar Mohamad berkata, seramai tiga lelaki warga tempatan berusia 43, 58 dan 64 tahun ditahan selepas disyaki terbabit dengan sindiket berkenaan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kesemua serbuan dilaksanakan hasil risikan yang dijalankan pasukan Cawangan Penguatkuasaan JKDM, Stesen Pengkalan Hulu.

"Serbuan pertama sekitar jam 4.30 petang pada 14 Oktober lalu melibatkan premis di Bandar Sri Damansara, Kuala Lumpur.

Iklan

"Pasukan berjaya menjumpai 6,100.6 liter minuman keras pelbagai jenama dengan anggaran nilai termasuk cukai berjumlah RM557,346.26," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.

Abdul Ghafar berkata, serbuan diteruskan di dua premis sekitar Ipoh yang disyaki menyimpan minuman keras bagi mengaburi pihak berkuasa pada 18 Oktober lalu.

Iklan

"Serbuan jam 1 tengah hari itu berjaya menjumpai 17,477.90 liter minuman keras pelbagai jenama dengan anggaran nilai termasuk cukai RM1,695,219.60 yang disyaki barang tak berkastam.

"Serbuan jam 3.30 petang pula menemui 9,278.64 liter minuman keras berjumlah RM557,346.06," katanya.

Jelas beliau, minuman keras adalah barang larangan yang mana pengimportannya adalah tertakluk kepada permit import di bawah Butiran 3, Bahagian II, Jadual Ketiga, Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023.

Kata Abdul Ghafar, ketiga-tiga kes terbabit akan disiasat di bawah Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967.